Saturday, September 19, 2009

Tuesday, March 3, 2009


Kaedah Motivasi Anak


Komunikasi dalam keluarga merupakan salah satu faktor untuk boleh mewujudkan keluarga yang ceria, bahagia dan harmoni. Dengan wujudkan komunikasi ynag berkesan, anak-anak akan dapat dimotivasikan dari semasa ke semasa agar mereka menjadi insan yang bersemangat, progresif, prokatif dan berfikiran positif. Untuk memotivasikan anak-anak, ibu bapa perlulah menggunakan kaedah komunikasi yang berkesan agar matlamat dan harapan kita untuk mewujudkan insan yang berguna dan berakhlak akan tercapai. Oleh itu kaedah komunikasi untuk meningkatkan motivasi di kalangan anak-anak adalah seperti berikut:

1. Penerangan yang jelas.
Penyelelidikan menunjukkan kebanyakan kanak-kanak dan remaja tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Ibu bapa sepatutnya perlu menjelaskan perkara berikut:
a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting?b. Apa kaitan sesuatu tugasan dengan kehidupan?c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.e. Jelaskan kepada mereka apa yang mereka akan perolehi dan kecapi hasil sesuatu tugasan atau kerja.

2. Ganjaran.
Anak yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan anak dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini di lain masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan daripada tugas harian dan sebagainya. Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperoleh tetapi juga terhadap usaha ynag diberikan. Berikan insentif agar anak berusaha untuk menguasai pengetahuan dan maklumat bukan sekadar bersaing antara satu sama lain. Ganjaran luar yang berkesan ialah yang mampu menjana motivasi dalaman anak.

3. Tetap dan Mantapkan Matlamat.
Setiap anak mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk pendidikan dan masa depan. Ikuti perkembangan anak dan pastikan setiap anak mampu merealisasikan matlamat masing-masing.

4. Berikan Perhatian.
Anak akan memberikan tindak balas yang positif terhadap ibu bapa yang ambil berat tentang diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik daripada menghukum. Ada ketikanya ibu bapa perlu bercerita kisah lampau, memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan dan lain-lain sebagai satu teladan untuk pelajar. Ini penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggungjawab. Sekiranya mereka lakukan kesilapan, pastikan mereka faham bahawa semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi jelaskan kepada pelajar iaitu manusia berjaya ialah mereka yang belajar dari kesilapan. Sentiasa tanya apa matlamat mereka? Apa perancangan mereka? Sejauh mana progres mereka? Apa minat mereka? Apa kerjaya pilihan mereka? Dan sebagainya.

5. Penglibatan dan penyertaan.
Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif dan penyertaan dalam setiap aktiviti kekeluargaan. Rangsang anak untuk terlibat dalam aktiviti luar, interaksi antara adik-beradik dan saling membantu. Anak akan lebih bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan diperlukan. Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja ibu bapa seperti memasak, mengemas rumah atau berkebun.

6. Penuhi keperluan. I
bu bapa mestilah sedar bahawa setiap anak memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya, memberikan peluang anak yang tua menyelesaikan masalah-masalah kecil di kalangan adik-beradik. Atau memberi peluang kepada mereka memberikan pendapat dan pandangan sepert aspek hiasan dalaman atau sebagainya.

7. Kepelbagaian Emosi dan watak.
Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Anak akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang disertai dengan pendekatan emosi. Anak akan lebih bersedia untuk belajar apabila ada unsur-unsur kepelbagaian emosi dan watak kerana mereka tidak akan bosan. Jangan malu untuk mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan anda demi menarik minat anak terhadap apa yang mahu anda sampaikan.

8. Terapkan Aspek Kemahiran.
Ajarkan mereka beberapa aspek kemahiran komunikasi dan sosial. Contohnya beri peluang untuk mereka 'memberi ceramah' atau melayan tetamu yang datang. Juga terapkan kepada mereka teknik pembelajaran yang berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca, kaedah mengambil nota dan sebagainya. Tanam dalam fikiran 'boleh' dalam setiap yang dilakukan.

9. Amalkan Prinsip MAT - Mesra, Adil dan Tegas.
Berkomunikasilah dengan mesra dan memberi layanan dan adil dan saksama tanpa memilih kasih dan dalam masa yang sama tegas dan berprinsip dalam mendisiplinkan anak-anak.

Wanita November 2001, Ms 118 - 119

Thursday, February 5, 2009

Kesan Tazkirah

Semalam,lepas solat maghrib teman seperti biasa adakan sedikit tazkirah dengan anak-anak yang berumur 10 dan 6 tahun.

Dalam tazkirah tersebut ana sampaikanlah kisah ketaatan kepada Allah,Rasul dan ibu bapa.Ana selitkan juga tentang menyahut pangggilan dan berbuat baik kepada ibu bapa

Ana ceritakan juga tentang seorang hamba Allah yang taat kepada ibunya.
Tak sangka pulak si adik beriya-ia iangon menyampaikan sesuatu perkara tetapi terpaksa ana tahankan dahulu.

Kemudian dia seolah-olah tak sabar-sabar nak nyatakan juga,maka bila tamat tazkirah tersebut ana beri peluang kepadanya untuk bercakap.

Setelah puas bercakap,ana pun buatlah beberapa kesimpulan.

Dengan tidak semena-mena adik tadi terus ke dapur dan mula mencuci pinggan mangkuk yang ditingalkan oleh ibunya kerana keletihan.

Walaupun tak habis namun usaha dan sikap yang ditunujukkan itu amat mengagumkan saya.

Sunday, November 30, 2008

Pendidikan Solat

Jumaat kelmarin,saya ke Ipoh untuk menziarahi adik ipar.Apabila tiba waktu solat Jumaat saya pun pergi ke masjid yang berhampiran dengan rumahnya.Saya begitu tertarik dengan kandungan khutbah Jumaat yang disampaikan kerana khutbah yang disampaikan adalah secara berkhutbah dan bukan sekadar membaca khutbah(membaca teks)yang saya maksudkan ialah teks hanyalah sebagai panduan sahaja manakala khutbah yang disampaikan adalah seperti kita menghadiri sebuah pengajian di masjid selepas solat Maghrib.

Apa yang ingin saya kongsikan ialah berkenaan isinya iaitu tentang solat dan pendidikan manusia.Menurut khatib,menurut sebuah kajian yang dijalankan bahawa pada masa kini lebih 80 peratus umat Islam tidak bersolat.

Ini berlaku kerana seawal tempoh waktu tujuh tahun kanak-kanak tidak diajar bersolat atau pun dalam lain perkataan ialah kanak-kanak tidak pernah disuruh bersolat .Pada saya pula jika mengikut pendekatan psikologi manusia mempunyai tempoh kritikal iaitu tempoh masa tertentu yang sepautunya diisi dengan aktiviti sepatutnya.Ini kerana Islam menitikberatkan bahawa seawal tempoh tahun ialah masa kritikal untuk kanak-kanak diajar dan disuruh bersolat dan ketika berumur sepuluh tahun ialah tempoh masa kritikal untuk dirotan tapak kakinya.Jika dilihat dai segi umut pada usia sepuluh tahun tubuh badan kanak-kanak sudah pun mampu untuk menerima kesakitan dan kerana itulah ibu bapa diperintah oleh Allah untuk merotan anak-anak yang malas bersolat.

Adalah menjadi kesukaran apabila kita hendak menyuruh kanak-kanak berumur 40 tahun untuk bersolat.Kerana apa kerana tempoh masa kritikal mereka sudah berlalu.

Namun begitu kita janganlah berputus asa untuk menggesa kanak-kanak 40-an ini kerana Allah tidak menyuruh kita berputus asa dan apa yang mampu ialah walaupun terlalu sukar namun kita masih boleh terus berusaha kerana taubat masih diterima selagi nyawa belum sampai di halkum.
Wallahuaalam...

Monday, October 27, 2008

FAMILI MITHALI

FAMILI MITHALI,merupakan impian setiap insan yang hidup di dunia yang fana ini.Penghidupan yang sebentar inilah yang selalu menjadi sandaran untuk kita melakukan apa yang terdaya sebagai persiapan ke alam sana.

Sesungguhnya,hidup ini sebentar cuma ibarat seorang musafir yang singgah sebentar di sepohon pokok semata-mata untuk melepaskan lelah dan kemudian berlalu meningalkan pohon tersebut.Dunia ini ibarat persinggahan si musafir tersebut.Terlalu singkat bukan?

Dunia yang kita kejar,kadang-kala melalaikan kita.Memang kita dituntut mengambil dunia,tetapi persoalannya ialah banyak manakah akhirat yang kita perolehi.

Perlu diingat juga bahawa harta benda dan anak-pinak merupakan fitnah yang boleh memerangkap kita untuk kebahagiaan di sana .Oleh itu ,berusahalah untuk memantapkan iman dan akidah agar kita selamat di sini dan di sana

Sekian.